About Me

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
it's enjoyable to see everyone happy and optimist in their life. but it's more enjoyable to see everyone happy on their own big day. cheers

klik klik ^^

Followers

i love comment

Wednesday, March 10, 2010

luahan rasa

do not simply quote any words or download any pictures from my blog. you have to seek for my permission or at least give me a notification. your cooperation is much appreciated.tq!


kebelakangan ni aku rasa lebih sedih dari kebiasaannya.sedih yang teramat dan sedih yang mungkin berpanjangan. sedih kerana langit untuk aku tak selalunya cerah, selalunya mendung, kadangkala hujan ribut melanda.


biarpun luarannya aku kelihatan cekal hati dan kuat, tapi jauh di dalam hati, aku sekadar insan biasa yang menggigihkan diri untuk terus menongkah arus dlm kehidupan yang makin mencabar ini. atau sekurangnya aku mempamerkan kekuatan diri yang sebenarnya makin tidak ada lagi.
aku percaya tuhan sayangkan aku sbb walau ape jua yang terjadi, aku masih kembali sujud ditikar sembahyang memohon rahmat-NYA tiap kali bangun dari tidur.menangis, merayu, memohon keberkatan hidup. aku tidak pernah lupa mendoakan orang tuaku selepas solat,mendoakan kebahgian insan2 lain yang pernah memudahkan urusan didunia aku. aku tidak pernah tidak dlm sehari merindukan aktiviti membaca al quran selepas solat.


aku bersyukur dengan limpahan rahmat yang tuhan ciptakan untuk aku selama ini. aku teramat bersyukur. tp, seringkali aku pula terlupa yang kadang aku sering tersasar dari jalan yang sempit, jalan benar yang menuju kebaikan.


ya Allah, aku berdoa padamu jika benar ini ketentuan yang telah kau ciptakan untuk aku di luh mahfuz lagi, aku redha ya Allah. tp sekiranya bukan ini yang terbaikuntukku, aku berdoa ya Allah, kau limpahilah rahmat kedalam hidupku dan gantikanlah apa2 yang telah aku hilang dengan sesuatu yang lebih baik.biarpun baik itu hanya sekadar sebesar hama.



..........



lewat malam tadi aku ada terfikir nak buat solat istikharah, mintak dikukuhkan pilihan sedia ada yang aku ada. tapi aku rasa takut. bimbang alamat yang akan aku dapat nnt tidak seperti yang aku harapkan.lagipon tidak ada yang lain.aku yakin dengan pilihan yang ini. 'buat apa lagi minta petunjuk kalau kita sudah yakin benar dengan pilihan kita?', pernah dia cakapkan pada aku. iya jugakan? makanya aku tidur sahaja dengan air mata yang masih bertakung di bawah pelupuk mata.
..dan tepat jam 3 pagi, aku tersedar kerana menerima mesej dari seseorang yang tidak aku save nombornya dalam telefon.


ah~ mmg seorang rakan lama yang baru saja aku ketemu raya aidilfitri yang lepas setelah hampir 7 tahun tak berjumpa. tu pon sbb dia sudi berkunjung kerumah.kalau tidak, entah bila pula baru dapat jumpa kan.


jd, dialah yang msg tu.bukan aku tak mahu simpan no dia, tp aku sengaja taknak.aku dapat rasa mmg dia ada kalau tidak pon sedikit perasaan suka pada aku. haha..ada juga yang benar sayang. aku taknak simpan no dia.biarlah.nnt aku tiap2 hari pula msej die dan akhirnya jatuh hati.mmg aku mudah jatuh hati.


aku hantar mesej untuk bertanyakan, 'siapa ni?'


dan dia terus menghubungi aku.
lewat malam, awal pagi pukul 3 pagi aku masih boleh bergelak ketawa berborak dengan dia.aku rasa senang.tuhan hantar dia untuk aku kah?tp aku tak buat solat istikharah pon lagi..sbb aku takut. mungkin tuhan sudah ada perancangan untuk aku.aku tunggu saja.
mungkin~



No comments: