About Me

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
it's enjoyable to see everyone happy and optimist in their life. but it's more enjoyable to see everyone happy on their own big day. cheers

klik klik ^^

Followers

i love comment

Tuesday, March 22, 2011

tak menarik

do not simply quote any words or download any pictures from my blog. you have to seek for my permission or at least give me a notification. your cooperation is much appreciated.tq!

tak macam masa di universiti dahulu, ada sahaja cerita yang hendak disampaikan di dalam blog. tak ada cerita pun buat cerita juga.pendek kata, blog memang tak pernah sunyi. kalau nak dibandingkan dengan sekarang, huuuu... memang lain sangat.

kekeringan idea. mana taknya. hari-hari yang dilalui sekarang tidak seperti dulu. pergi kerja dan balik kerja. tiada ape yang menarik untuk dikongsi. kalau ada pun semsetinya perihal hal ehwal di tempat kerja. rakan sekerja yang inilah, rakan sekerja yang itulah. memang tiada yang menarik.

Monday, March 21, 2011

berkerjaya dan berumah tangga

do not simply quote any words or download any pictures from my blog. you have to seek for my permission or at least give me a notification. your cooperation is much appreciated.tq!

nampak tak topik di atas tu saling berkaitan? selalunya, sebelum amik keputusan untuk berumah tangga, mesti setiap pasangan mengimpikan pasangan yang berkerjaya. Dan, apabila seseorang itu sudah berkerjaya, ada kete sendiri, rumah sendiri dan kunci pejabat sendiri, mesti/konfirm punye lah mereka teringin nak berumah tangga pula. nampak kan nampak kan? kaitan antara berkerjaya dan berumahtangga.

indahnya hidup berumah tangga itu apabila:

1 ada insan yang *konfirm menyayangi kita
*tertakluk pada terma dah syarat. bwahahahh

2 ada orang yang kite leh bergantung harap.
*tak perlu lagi bersusah payah bangun tengah malam buatkan susu baby tiap hari sebab dah take turn dengan enche suami.bwahahahuhuuuuu

3 ada orang yang boleh teman pergi toilet atau minum air malam hari
* ini yang toilet luar bilik tidur la.



haih.. tak indah langsung bila ada no 2 dan 3 tu.

yang paling best bila berumah tangga ialah, apabila duitku adalah duitku tapi duitmu adalah duitku. muahahahahhaa.. nampak sangat materialistik. ok fine. takde orang nak kawen dengan aku dh.


tapi banyak pula cabarannya apabila sudah berkerjaya dan mahu berumah tangga. antara cabaran yang bakal timbul ialah:

1 sigadis pujaan hati semenjak sekolah rendah kini telah berkerjaya bagus, dan sijejaka masih tidur bawah ketiak mak dan tolong abah di kedai runcit. contoh.



jadi sijejaka pun mula rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan.



hakikat: sigadis tak kisah pun pekerjaan sijejaka asalkan sijejaka itu ... > rujuk no 1 yang terpaling atas.



2 tanggapan orang sekeliling dan keluarga terhadap kemampuan pasangan dalam menguruskan sesebuah kenduri.



yela, sigadis kerja sebagai lawyer, sijejaka pula sebagai doktor. wallah... kenduri kawen kalau tak abes 100k boleh buat malu keluarga tu.



hakikat: pasangan zaman sekarang bersikap lebih realistik dan boleh bertolak ansur. bagi mereka, biar sederhana tetapi meriah dengan kehadiran artis sanak saudara.


berlainan pula bila awal-awal nak berumahtangga, yakni sebaik menggenggam segulung ijazah. 
biasanya terjadi pada pasangan yang sorang dah berkerja sorang lagi dalam sem akhir. atau sorang dah bunting kerja dan sorang lagi mak ayah tanggung belanja kawen. wah wahh....
meriah kan?
ha... mungkin itu definisi meriah yang sebenar. 




cakap-cakap:mungkin tak perlu berkerjaya tapi boleh berumah tangga.



Sunday, March 20, 2011

reunion

do not simply quote any words or download any pictures from my blog. you have to seek for my permission or at least give me a notification. your cooperation is much appreciated.tq!

memang benar orang kata, kawan-kawan ketika universiti lah kawan-kawan yang akan di ingati sampai mati.
jangan salah faham. bukan bermakna kawan-kawan semasa sekolah rendah atau sekolah menengah tak best, tapi rata-rata kawan sekolah rendah dan menengah dulu duduk sekitar kawasan kejiranan dan tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

sedangkan, semasa di universiti, 

kawan itulah yang jadi peneman sewaktu dating kali pertama. 
kawan itulah yang menjadi juru tunjuk ketika kali pertama memakai lensa mata.

ternyata memang banyak kenangan bersama rakan seuniversiti.

Friday, March 18, 2011

prudential prulink

do not simply quote any words or download any pictures from my blog. you have to seek for my permission or at least give me a notification. your cooperation is much appreciated.tq!


kepentingan mengambil insurans sebagai perlindungan diri telah menjadi satu keperluan dewasa ini.
 ramai orang  telah menyedari kepentingan insurans terutama sekali bila dah 'terkena'
tapi ape yang orang ramai tidak sedar ialah, setelah dah terhantuk, dah tak boleh nk amik insurans lagi. ini kerana insurans hanya boleh di ambil sewaktu client dalam keadaan baik.

insurans juga perlu di ambil sewaktu usia muda semasa premiumnya masih lagi rendah. *tertakluk pada terma dan syarat.

so, atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum muhajirin...
so, atas sebab-sebab berikut yang dinyatakan di atas tadi, saya telah mengambil inisiatif untuk membeli satu polisi insurans yang lebih kepada medical card dari prudential atau prulink.
ape yang best tentang insurans ini ialah, di samping insurans ini melindungi diri saya, insuran sini juga membolehkan saya melabur. bagus untuk keluarga saya kelak.
sesiapa yang belum ada insurans lagi, boleh la beli satu polisi sekurang-kurangnya sebagai persediaaan


Thursday, March 17, 2011

optimistik

do not simply quote any words or download any pictures from my blog. you have to seek for my permission or at least give me a notification. your cooperation is much appreciated.tq!

Masa-masa yang berlalu kian terbuang begitu sahaja. semakin hari semakin bosan dengan tuntutan kerja yang menggila. sabtuahad yang seperti tiada amat menekan jiwa. rakan sekerja yang menjengkelkan, sungguh aku penat. mungkin perlu a special getaway.

best jugak kalau dapat pergi PHUKET free.
tapi sales memang kene pulun gile.ahh!

optimis jela

bila-bila bosan

do not simply quote any words or download any pictures from my blog. you have to seek for my permission or at least give me a notification. your cooperation is much appreciated.tq!

setelah meninggalkan bangku universiti, aku tidak@ jarang-jarang lagi berpeluang untuk bermain badminton, squash mahupun tenis. pendek kata, peluang nak bersukan tu memang tak kunjung tiba. 

tadi sewaktu makan mekdi kat mentakab, aku telah mendapat satu panggilan dari bakal adik ipar ku. 

dudi: dudi nak raket badminton dengan net die

saya; macam mana nak bagi? dudi datang amikke atau kak ckin kena hantar?

dudi: kckin hantar kan lah?


baiklah~


temanya: melayan bontot siDudi tu.


makanya, bermainlah badminton petang tadi. Sempat gak lah main 2 set. beregu campuran.
pakai baju kurung lagi tadi.sib baik tak koyak.kah~

semangat bersukan tu masih menebal dalam diri.cume bergantung kepada kesempatan je.
kalau dulu time kat universiti, masa bulan puasa atau musim bulan ganti puasa pon semacam je main badminton.
kadang-kadang tu sampai nak pitam menahan penat sementara tiba waktu berbuka puasa.
tapi kalau sekarang? badan dh macam bapak tong dram.mujurlah ada shape lagi.

 <3


Wednesday, March 16, 2011

hal-hal yang klise

do not simply quote any words or download any pictures from my blog. you have to seek for my permission or at least give me a notification. your cooperation is much appreciated.tq!

bila eh kali terakhir post dalam blog ni. masih ada yang membaca kah? masihkah ada silent reader?
hahaha... tak ada yang baca pon tak ape. :)

ayat klise nak start dah ni.
"banyak perkara yang berlaku lately"

dan yang paling penting ialah, janji untuk blog secara konsisten tak dapat ditunaikan bila laptop tetibe je buat hal.memang menyirap la kan.haaaaih.
ntah ape problemnye pon tak tahu.tapi tak apelah.. harap-harap lepas ni leh la blogging cam biasa. cerita hal-hal klise .")