About Me

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
it's enjoyable to see everyone happy and optimist in their life. but it's more enjoyable to see everyone happy on their own big day. cheers

klik klik ^^

Followers

i love comment

Thursday, June 18, 2009

bila tuhan berbicara-a preview


usai sudah pementasan bila tuhan berbicara karya penulis terkenal tanah air, Faisal Tehrani. tapi sayang, beliau tidak dapat menyaksikan karya beliau di pentaskan di Auditorium Taman Budaya Kuala Ibai Terengganu pada 15 jun 2009 kerana masih berada di Acheh. mencari ilham untuk karya terbaru barangkali.




karya padat dan berat ini telah di adaptasi dan oleh salah seorang pensyarah di UiTM Terengganu, En Nasirin Abdillah yang turut menjadi pengarah teater ini. naskah yang mengandungi tiga babak panjang berjela-jela ini, banyak menceritakan tentang asal usul agama, orang melayu, dimasukkan hadis, istilah perubatan dan sesuai sekali dibacakan sebagai novel atau juga dipentaskan.

cerita ini mengisahkan tentang tiga orang manusia zaman lama (zaman sekarang) iaitu Mazlan seorang doktor yang telah membunuh isterinya secara tidak sengaja, Sahlan, seorang vulkanologis yang memasang impian untuk menukar jantina, serta Razlan, seorang ekztremis yang juga pengebom berani mati telah terselamat dari bencana alam iaitu letupan gunung berapi kerana berlindung di dalam sebuah bunker. Mereka kemudiannya tidur selama beribu tahun sebelum dibangkitkan semula dan berada di sebuah dunia asing yang dinamakan Dunia Baru.
Di sinilah mereka bertiga menemui pemerintah negeri ini, seorang permaisuri yang amat ingin sekali bersuami iaitu Paduka Ratu bersama Memanda Menterinya yang taat setia. Penulis pula memegang watak sebagai Mak Tua, seorang pendita bistari yang serba tahu perihal dunia lama telah ditugaskan untuk menjaga pemuda bertiga sementara mereka bertiga mencari penawar untuk penyakit kenohong atau kusta yang melanda rakyat negeri itu. Mazlan, Razlan dan Sahlan juga perlu membantu Paduka Ratu untuk membentuk sebuah kerajaan baru di Dunia Baru itu berlandaskan perlembagaan yang diterapkan nilai-nilai suci islam. Mereka ahirnya berjaya menemui penawar kenohong itu dan telah berjaya membina satu draf perlembagaan bagi Dunia Baru. Kerana kejayaan mereka, mereka telah dibebaskan dari tahanan dan dibenarkan kembali ke bunker asal mereka.

Apa yang saya gemar tentang cerita ini ialah, jalan ceritanya yang bersahaja dan tidak memerlukan banyak aksi. Titik klimaksnya hampir tidak ada, kecuali pada masa mereka menemui penawar kenohong itu di hutan. dan ini merupakan cabaran untuk produksi kami untuk menghasilkan sebuah cerita yang padat ilmu ini, tetapi juga diselitkan unsur humor yang bukan sahaja menghiburkan, malah dapat mengikat penonton di tempat duduk mereka.

Kami boleh andaikan usaha kami ini berhasil kerana beberapa aktivis teater Negeri Terengganu yang turut menonton persembahan kami ini memuji watak Paduka Ratu dan juga watak Sahlan, seorang pondan yang mahir selok belok gunung berapi.. yang berjaya menghiburkan penonton dengan tingkah mereka.

walau bagaimanapun, penulis berasa kurang puas hati dengan lakonan sendiri yang di anggap kurang menyengat terutamanya masa scene Mak Tua itu bermonolog. Ternyata ada ruang lagi yang perlu diperbaiki.

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada kawan-kawan yang sama-sama datang memeriahkan persembahan kami pada malam itu, juga buat pak cik ku yang tersayang, aitam sekeluarga.. yang gigih datang bawak anak-anak.huuuuuu.. tq to all..



1 comment:

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

congrate dear!
alt least tekanan tu dah berakhir..